Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

1:46 AM 0
Ihsan ABC News

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
Bila ada nak cari satu-satu benda kita suka google kan? Biasa kita dengar "nak tahu ko google la", "Guna la pakcik google jika nak tahu" dan macam-macam lagi. Saya pun nak cari juga tentang cara nak atasi masalah rambut gugur. Bukan apa. Kadang-kadang perasan banyak pula rambut kat lantai ini, Jika bukan rambut saya,rambut siapa lagi kan? Huhuhu.

Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua. Sekiranya anda mengalami masalah rambut, dapatkan panduan dan penyelesaian yang berguna bagi menyelamatkan mahkota anda. Dapatkan tips dan panduan merawat dan menjaga rambut anda disini---> Rawatan Rambut Berkesan.

Ok lah, apa yang saya jumpa nak kongsi kat sini, supaya kakak-kakak dan abang-abang selamat daripada gejala keguguran rambut ini.

Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya
Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Berikut adalah antara punca yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.

2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.

3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.

6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

Cara / Petua Merawat keguguran rambut

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.



Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

Saya kongsikan disini untuk tatapan bersama. Ada yang rasa sesui untuk dicuba boleh cuba yea. Saya pun nak cuba juga. Sayang rambut gugur. Lagi satu takut botak(tak ada rambut) pula. Jika anda masih tercari-cari penyelesaian untuk masalah rambut anda. Saya sarankan anda mendapatkan nasihat dari PAKAR RAMBUT. Semoga masalah rambut kita semua dapat diselamatkan dan dijaga dengan baik. Berminat anda boleh rujuk disini---->> Rawat Rambut Anda (klik sini)

Selamat Mencuba kawan-kawan. Boleh share entri ini jika ianya bermanfaat kepada semua. Terima kasih.


Rujukan:

  1. http://pokok2u.blogspot.com/2013/12/punca-rambut-gugur-dan-cara-merawatnya.html

RESEPI UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI

1:03 AM 1

Puas surf kat internet.. nih ader la tips yg bee dpt.. jom kongsi sama2.. Do's and Don's.. menu seswai utk yg kena darah tinggi...:love:

Hidangan Dielakkan          
1. Nasi Beriani / Nasi Lemak /  Nasi Goreng / Nasi Ayam        
2. Mee Kari Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng        
3.  Roti canai/ telur/ Murtabak        
4. Masak Rendang / Masak Goreng2 / Masak Lemak / Kari Bersantan / Ikan Masin        
5. Kuih Bergoreng / Kuih Bersantan        

Digalakkan 
1. Nasi Putih / Kanji
2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam
3. Capati tanpa ghee / Tosai
4. Masak Tomyam / Ikan @ Ayam Bakar / Ikan Kukus / Masak Asam Pedas / Masak Tomato
5. Sandwich / Apam Tanpa Kelapa / Popiah Basah (tanpa udang / telur) / Kuih Kukus tanpa santan / Buah-buahan Segar

Diabetes: Kenapa kaki saya kebas?

12:51 AM 0
Ihsan www.diabetestreatmentguide.org
Ramai pesakit diabetes yang sering mengadu kebas-kebas kaki. Fenomena ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. ‘Diabetic neuropathy’ adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan. Menurut pembacaan Maklong, neuropathy ini sukar diubati tetapi penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk.  Diabetic neuropathy yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan  lambat laun boleh menyebabkan berlaku amputasi. Ini kerana apabila berlaku kebas pada kaki, anda tidak akan dapat merasa sakit pada luka atau jangkitan pada kaki.  Pastikan anda sentiasa mengawal kandungan gula dalam darah dengan memakan ubat diabetes yang disyorkan doktor dan pada masa yang sama  amalkan pemakanan yang baik. Ini dapat membantu mengurangkan rasa kebas pada kaki atau tangan.

Tips penjagaan kaki


  1. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun. Keringkan kaki dengan sempurna terutama pada celah jari.
  2. Periksa kaki setiap hari, kalau perlu gunakan cermin, untuk melihat samada terdapat bengkak, luka, ketuat  dan sebagainya.
  3. Gunakan losyen untuk melembutkan tapak kaki yang keras.
  4. Kalau perlu, pakai selipar di dalam rumah untuk mengelakkan kaki terluka tanpa disedari.
  5. Elakkan memakai sandal. Sebaliknya amalkan pakai kasut yang selesa dengan stokin apabila keluar rumah.
  6. Jangan lupa untuk meminta doktor memeriksa kaki anda setiap kali bertemu doktor.



Rujukan:

http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/neuropathies/
http://www.livestrong.com/article/244916-what-are-the-treatments-for-numb-feet-in-diabetes/
http://maklongskitchen.com/2012/09/30/diabetes-kenapa-kaki-saya-kebas/

Buah-buahan bercampur dengan yogurt dan krim

12:45 AM 0

Walaupun petua untuk diabetes yang Maklong amalkan mengabaikan gula, tidak bermakna kita tidak boleh menikmati buah-buahan manis. Dalam Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3  Maklong ada senaraikan buah-buahan yang dibolehkan tapi tak semestinya kita boleh duduk mengadap sedulang durian atau sebakul limau mandarin kerana ini sudah pasti akan menyebabkan peningkatan mendadak kadar gula dalam darah.  Bagaimanapun, tidak mengapa kalau kita menikmatinya sebagai pencuci mulut di akhir hidangan.

Di sini Maklong gunakan epal dan oren yang dipotong dadu dihidangkan bersama double cream dan greek yoghurt dihiasi dengan taburan permata buah delima. Boleh saja diselang selikan dengan buahan lain seperti pear, mangga, honeydew, betik atau buahan lain.

“Jom Petik & Makan!”

12:34 AM 0

Menurut bahasa Informasi Teknologi (IT), terdapat istilah “Pasang dan Pakai” (Plug and Play). Istilah ini biasanya merujuk kepada alat-alat yang boleh dibeli dan digunakan tanpa konfigurasi yang sukar atau penglibatan langsung pengguna. Tidak hairanlah, bagi orang kebanyakan, mereka akan mencari dan membeli peranti yang bercirikan “Pasang dan Pakai”.

Berkenaan pemakanan sihat, ingin saya memperkenalkan satu konsep baru yang dikenali sebagai ‘Petik dan Makan’. Ia bertujuan untuk memudahkan dan meringkaskan  segala sesuatu yang berkaitan dengan pemakanan sihat ataupun penerangan tentang apakah erti pemakanan sihat itu.

Beberapa bulan yang lalu, seorang sahabat saya telah  mempaparkan gambar sup ​​jagung dalam tin beserta beberapa keping roti putih di laman Facebook dan mendakwa bahawa makanan tersebut adalah sarapan sihat beliau. Benarkah? Sejauh manakah makanan dalam tin dan roti putih itu  dianggap sebagai sihat? Soalan seperti ini boleh dijawab melalui pengertian konsep “Petik dan Makan”.

Konsep “Petik dan Makan” menerangkan tentang perlunya sesuatu makanan itu berada sedekat yang mungkin kepada keadaan semula jadinya. Semua makanan manusia seharusnya ditanam  dan tumbuh di tanah dan seharusnya boleh terus dimakan sejurus selepas dipetik. IBerdasarkan ini, semua makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan  yang dimakan terus dan tidak diproses adalah makanan yang dianggap sihat. Prinsip ini juga boleh digunapakai kepada binatang ternakan dan juga ikan.  Haiwan dan juga ikan yang menjadi makanan kita sepatutnya juga perlu mendapatkan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan melalui konsep “Petik dan Makan”. Mereka tidak seharusnya diberi makan dengan bijirin yang diproses ataupun tumbuh-tumbuhan yang berasaskan kimia (dikilangkan).  Sepatutnya makanan kita dan makanan haiwan ternakan haruslah diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan yang dituai dan bukannya dihasilkan daripada bahan kimia (dikilangkan).

Tidak dinafikan bahawa kesihatan sesuatu makanan itu hanya boleh diterangkan dengan cara perbandingan. Apabila merujuk kepada makanan yang sihat, perbandingan diperlukan untuk menjelaskan kebenaran tentang betapa sihatnya sesuatu makanan itu. Sebagai contoh, jika nasi putih dianggap sebagai makanan yang sihat, kita harus persoalkan melalui perbandingan yang setara. Sekali lagi, konsep “Petik dan Makan” boleh digunapakai di sini. Nasi putih yang berada dia atas pinggan kita telah melalui beberapa proses seperti penuaian, pengisaran, pemutihan dan juga masakan. Dengan cara itu,  nasi putih sebenarnya bukanlah  makanan yang boleh diperolehi dengan secara segar dan boleh dimakan begitu sahaja dari pokoknya. Maka konsep “Petik dan Makan” telah gagal di sini. Sebagai perbandingan, buah pisang yang sudah ranum pula boleh dipetik dan dimakan begitu sahaja dari pokoknya. Ini menjadikan buah pisang tersebut lebih sihat berbanding dengan nasi putih tadi.

Begitu juga, apabila kita membandingkan nasi putih dengan mi, kita perlu segera menyedari bahawa nasi putih adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan mi. Ini adalah kerana mi adalah  bahan yang yang telah diproses daripada gandum atau beras.

Dengan cara ini, kita boleh memahami mengapa beras perang tanpa pemutihan adalah pilihan lebih sihat berbanding beras putih. Ringkasnya, makanan itu adalah lebih sihat, jika ia semakin dekat dengan keadaan asal atau semulajadinya. Semakin kurang pemprosesan yang dilakukan terhadap makanan itu, semakin baik tahap khasiatnya.

Kembali kepada kisah sahabat saya di laman Facebook tentang sup dalam tin dan roti putih tadi, sekarang barulah kita mengetahui sama ada makanan tersebut adalah sihat ataupun sebaliknya. Apa jua makanan yang datangnya daripada tin atau pembungkusan plastik hanya boleh dianggap sebagai makanan yang kedua, ketiga ataupun mungkin kesepuluh dalam tangga perbandingan makanan sihat. Makanan yang terbaik adalah semestinya dari sumber semulajadi, di mana kita boleh “Petik dan Makan” terus.

Artikel ini telah ditulis oleh Kolumnis Tetap the Malaysian Medical Gazette, Dr. Rizin H Kusop , yang kini merupakan pemilik dan pegawai perubatan  yang bertanggungjawab ke atas sebuah francais amalan kumpulan di Sabah yang mempunyai kepentingan khas dalam Anti-penuaan, Penjanaan Semula dan perubatan Estetik. Kenali lebih lanjut mengenai beliau di ruangan The Team. Artikel ini telah diterjemah oleh Cik Raja Maizatul Azaria.


Rujukan : http://www.mmgazette.com/jom-petik-makan-dr-rizin-kusop/